info Technology & Komputer: VirusTotal

VirusTotal

Adakah Fail Ini Virus? Tanyalah VirusTotal

Pernahkah anda berjumpa dengan satu fail yang mencurigakan? Nak buka, takut-takut itu Virus pula. Walaupun antivirus anda tidak mengeluarkan sebarang amaran, namun anda tetap ragu-ragu, lebih-lebih lagi jika antivirus anda dah lama tak update..

Jika anda mengalami situasi seperti ini, anda boleh gunakan laman web VirusTotal untuk memastikan keselamatan fail tersebut. Dengan VirusTotal, anda boleh hantar sebarang fail, dan VirusTotal akan memeriksa fail tersebut dengan 32 jenis antivirus yang mempunyai update terkini. VirusTotal menggunakan enjin antivirus yang terkemuka seperti NOD32,Avira,Avast,Kaspersky,Norton Antivirus dan banyak lagi.






Cara menggunakan VirusTotal mudah sahaja. Hanya upload fail anda di laman web Rasminya [VirusTotal] dan tunggu sehingga proses scanning selesai. VirusTotal kemudiannya akan memaparkan hasil scanning kepada anda. Anda juga boleh install [VirusTotal uploader] yang akan membolehkan anda right-click mana-mana fail dalam komputer anda untuk dihantar kepada VirusTotal.



0 comments:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment


Sudut Bersembang


ShoutMix chat widget

Pengikut Setia Ku (^_^)