info Technology & Komputer: Bebaskan Firefox Dari Skrip Jahat

Bebaskan Firefox Dari Skrip Jahat

Labels:
Banyak orang beranggapan Mozilla Firefox itu merupakan browser paling selamat. Apalagi dengan adanya sokongan dari komuniti Open Source yang cukup besar, kelemahan keselamatan yang muncul dapat segera dibaiki. Itu yang menyebabkan browser berlambang rubah api ini menjadi kegemaran.

Lalu muncul anggapan pengguna awam yang berpendapat bahawa dengan hanya bermodalkan browser ini komputer akan selamat dari serangan hacker. Padahal belum tentu. Kalau mahu selamat —tapi tak 100% selamat —antivirus, antispyware, firewall, dan alat perang lainnya mesti dipasang.

NoScript adalah salah satu ekstensi Firefox yang boleh digunakan untuk keselamatan menggunakan browser ini. Ekstensi yang dapat didownload secara percuma dari laman web [www.noscript.net] ini boleh digunakan untuk menyekat segala jenis skrip (khususnya JavaScript) yang ditanamkan dalam sebuah laman web.

Setelah di-install, aturlah NoScript dengan cara klik kanan pada tetingkap Firefox, lalu pilih menu [NoScript] > [Options…]. Pada tab [General] yang terbuka, berikan wildcard terhadap laman web yang sudah boleh dipastikan keselamatannya.




Jika terdapat sebuah skrip dalam sebuah laman web, NoScript ini akan memberitahu dengan memunculkan pesan seperti ini: “Scripts Currently Forbidden”. Jika dirasa tidak membahayakan, klik [Options] > [Temporarily allow file://] atau [Options…] > [Allow file://] untuk membolehkan skrip sejenis ini berjalan secara terus-menerus.


0 comments:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment


Sudut Bersembang


ShoutMix chat widget

Pengikut Setia Ku (^_^)